Sunday 9 February 2014

BISA AGRO FARM NYAMAN DITEPI BUKIT DAN DITENGAH ALAIRAN SUNGAI

Salam dari Ladang...

 

         10 Februari 2014, Bisa Agro Farm, Sg. Pening-Pening, Semenyih, kandang kambing Bisa Agro Farm yang terletak diatas tanah seluas 2 ekar di Sg Pening-Pening sangat strategik. Kedudukannya dikawasan kaki bukit serta mengalir ditengahnya sungai yang jernih memberikan kenyamanan serta udara yang segar kepada ternakan di ladang ini. Suasana yang penuh kehijauan serta jauh dari kebisingan kota menjadikan ladang Bisa Agro Farm sangat baik dan berpotensi pada masa hadapan.
Kedudukan kandang yang terletak diseberang sungai memerlukan jambatan kecil menghubungkanya bagi memudahkan kerja-kerja operasi ladang serta memudahkan para pembeli dan peminat kambing datang ke ladang kami.
 
Pada minggu lepas, sedikit kerja membaik pulih jambatan kecil yang menghubungkan jalan ke kandang Bisa Agro Farm telah siap dibaikpulih. Dengan penambahbaikkan ini akan lebih memudahkan urusan kerja operasi ladang serta pelanggan dan peminat Boer untuk ke seberang. Bisa Agro Farm akan sentiasa membuat penambahbaikkan yang perlu bagi ladang dalam memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan dan peminat dunia ternak!
 
Wasallam.

Monday 3 February 2014

KAMBING SIHAT MELALUI PEMAKANAN YANG SIHAT!

Salam dari Ladang...


      
             Sg. Pening-Pening, Semenyih, 3 Feb 2014; Kambing Boer memang agak cerewet dalam penjagaan makanannya. Tumbesaran kambing baka Boer bergantung dengan diet pemakanan yang diberikan rutin setiap hari. Makanan yang teratur, seimbang dan memenuhi gizi pemakanan baka ini akan menghasilkan kambing-kambing yang sihat, berdaya tahan penyakit serta tumbesaran yang lebih pantas. Berbanding dengan baka-baka lain, baka kambing Boer ini lebih digemari kerana bagi kambing yang cukup umur dan matang, para pembeli akan berpuashati dengan berat badan serta skor badan kambing yang lebih baik. Untuk sembelihan aqiqah, kambing baka Boer lebih banyak menghasilkan daging berbanding baka lain.
 
               Di Ladang Bisa Agro Farm, kami memberikan kepelbagaian makanan ini bagi menghasilkan baka-baka yang baik dan bermutu tinggi samada bagi tujuan pembakaan atau sembelihan aqiqah, qurban dan sebagainya. Rutin pada sebelah pagi kambing-kambing diladang kami akan diberikan hampas soya dan palet. Manakala pada sebelah petangnya pula kambing-kambing ini akan diberikan rumput Napier Taiwan. 1 - 2 minggu didalam sebulan pula kambing-kambing diladang Bisa Agro Farm akan diberikan makan pelepah daun sawit. Daun sawit ini cukup bagus diberikan kerana kambing-kambing kelihatan lebih bersih, berbulu & berkulit lebih licin. Begitulah pentingnya penjagaan makanan yang seimbang dan teratur akan menghasilkan kambing-kambing yang bermutu tinggi. Bisa Agro Farm juga bercadang untuk menyediakan padang ragut kambing disekitar kandang bagi memberi lebih kebebasan dan keselesaan kepada kambing-kambing Boer dalam tumbesaran yang lebih semulajadi.
 
Wassalam.

Sunday 2 February 2014

ANAK-ANAK KAMBING BOER JANTAN 'SOLD OUT'

Salam dari Ladang...
Sg. Pening-Pening, Semenyih, 3 Feb 2014, anak-anak kambing Boer Jantan berusia 4-6 bulan di kandang Bisa Agro Farm, telah habis terjual semalam. Sejak kebelakangan ini permintaan kepada anak-anak kambing Boer diladang kami cukup baik. Anak-anak boer yang berkualiti tinggi F3 & F4 berjaya dibiak baka diladang kami untuk memenuhi permintaan khususnya kepada bakal-bakal penternak diseluruh Malaysia. Diharapkan dengan projek pembinaan kandang baru bagi projek pembakaan kambing boer yang akan dibangunkan pada pertengahan Februari nanti akan dapat menampung permintaan pasaran ternak sediada. Para peminat boer boleh mendapatkan stok anak-anak kambing boer yang boleh diperolehi pada bulan Jun 2014 nanti.