Salam dari Ladang...
Sg. Pening-Pening, Semenyih, 3 Feb 2014; Kambing Boer memang agak cerewet dalam penjagaan makanannya.
Tumbesaran kambing baka Boer bergantung dengan diet pemakanan yang diberikan rutin setiap hari.
Makanan yang teratur, seimbang dan memenuhi gizi pemakanan baka ini akan menghasilkan kambing-kambing
yang sihat, berdaya tahan penyakit serta tumbesaran yang lebih pantas. Berbanding dengan baka-baka lain,
baka kambing Boer ini lebih digemari kerana bagi kambing yang cukup umur dan matang, para pembeli akan
berpuashati dengan berat badan serta skor badan kambing yang lebih baik. Untuk sembelihan aqiqah,
kambing baka Boer lebih banyak menghasilkan daging berbanding baka lain.
Di Ladang Bisa Agro Farm, kami memberikan kepelbagaian makanan ini bagi menghasilkan baka-baka yang
baik dan bermutu tinggi samada bagi tujuan pembakaan atau sembelihan aqiqah, qurban dan sebagainya.
Rutin pada sebelah pagi kambing-kambing diladang kami akan diberikan hampas soya dan palet. Manakala
pada sebelah petangnya pula kambing-kambing ini akan diberikan rumput Napier Taiwan. 1 - 2 minggu
didalam sebulan pula kambing-kambing diladang Bisa Agro Farm akan diberikan makan pelepah daun sawit.
Daun sawit ini cukup bagus diberikan kerana kambing-kambing kelihatan lebih bersih, berbulu & berkulit
lebih licin. Begitulah pentingnya penjagaan makanan yang seimbang dan teratur akan menghasilkan
kambing-kambing yang bermutu tinggi. Bisa Agro Farm juga bercadang untuk menyediakan padang ragut
kambing disekitar kandang bagi memberi lebih kebebasan dan keselesaan kepada kambing-kambing Boer dalam
tumbesaran yang lebih semulajadi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment